Ahad, 18 Januari 2015

TERIMA KASIH SAYANG (BAB 1)




‘Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Tinggal emak, tinggal keluarga,

Kerana kasih hamba turutkan.’

Dia hanya tertawa dan hari itu, dalam bengkak mata kerana menangisi kematian, dia tersenyum lagi.  Mentertawakan bodohnya mereka satu ketika. Sedang masing-masing menginjak usia belasan tahun, terlalu awal untuk bercinta!  Shaza berdegus perlahan namun ada ukiran manis di tubir bibirnya.  Itulah kenangan yang mendewasakan, mengajar erti setia, erti pengkhianatan, erti pemungkiran, erti fitnah.  Kucam dia mengenangnya.
Bodohnya aku dulu…  berkumam dalam hatinya, tersenyum sendiri.
Di mana dia sekarang?  rindu pula memanas lalu memanaskan lopak mata yang sudah kering menangisi pemergian Nek Piah.
“Sampai hati engkau ya? dah pahat nama di sini, di belakang aku engkau mengumpat aku gila bayang.  Aku tak akan memaafkan engkau.  Tidak akan!”  kepada ukiran nama di batang pokok dia memarahi si pengkhianat. 
Hah. Biarlah, kalau tak kerana dia mengkhianati aku tidak mungkin aku berjaya macam sekarang.  Entah-entah kahwin sebelum duduk SPM, tak dapat belajar setinggi ini, usah berangan  pergi overseas. Kalau kahwin dengan dia di kampung inilah aku duduk, di rumah emak. Paling-paling pun kerja kilang anak patung di pekan.  Perlahan-lahan dia membujuk hati, berusaha membuang kebencian namun, memanas di kolah matanya, dia menunduk, bila dikerdip, setitis jatuh mengena hujung kaki.  Benci pada air suam itu, diseka kasar mata dan pipi, tidak mahu dia menangis kerana lelaki yang mungkir dan pemfitnah.  Kesal dia menangisi cinta zaman kanak-kanak yang jelas menjelekkan.

Dan baca seterusnya, di Ilham Karangkraf :    TERIMA KASIH SAYANG


Tiada ulasan:

Catat Ulasan