Sabtu, 17 Januari 2015

TERIMA KASIH SAYANG (SINOPSIS)

NOVEL TERIMA KASIH SAYANG 
SINOPSIS :

Shaza kembali ke pangkuan Rusman selepas berusia 25 tahun sebaik neneknya meninggal dunia dan dia tamat pengajian.  Dia menerima pelawaan Rusman dan Nadia tinggal bersama dan menjawat jawatan penting dalam syarikat Rusman walaupun masih berdendam kerana bergelar si miskin dagang merempat selama membesar sedangkan anak-anak Nadia hidup mewah dengan kekayaan Rusman. Sehari ke sehari tinggal di rumah agam Rusman, dia  melihat kebaikan Nadia serta diterima baik Elsa, anak bongsu Nadia. Kata Nadia dia bukan sahaja menyayangi Shaza kerana Shaza adalah kesayangan Rusman dan anak sahabat karibnya Sharifah, tetapi kerana simpati terpisah dengan Rusman sejak berusia setahun.  Kehadiran Shaza di tengah keluarganya juga telah merubah Adam, anak sulung Nadiah dari sikap baran dan enti wanita kepada lelaki penyayang.

Di pejabat, Shaza diberi jawatan pembantu Zafran, seorang pekerja yang sangat setia, cekap dan dedikasi juga sahabat karib Adam. Tanpa diketahui sesiapa, Zafran dan Shaza pernah bercinta di zaman remaja, mereka berpisah kerana salah faham dan tersedar bercinta diusia muda hanya merosakkan masa hadapan. Shaza cuba melupakan Zafran, hanya menganggap Zafran ketuanya dan rakan sekerja lebih-lebih lagi apabila mengetahui rancangan Nadia mahu menjodohkan Elsa dengan Zafran. Zafran pula berharap cinta mereka disambung kerana dia sama sekali gagal melupakan Shaza serta tidak langsung mencintai Elsa.

Bermula cinta bahagi tiga apabila Adam sedikit demi sedikit mencintai Shaza dan Elsa yang menentang menjodohannya dengan Zafran, mula berasa cemburu pada Shaza. Ianya berpunca dari sikap Nadiah yang sering memuji dan membandingkan Shaza dengan Elsa serta menjadikannya contoh. Cemburu Elsa membuah dendamkan, dia berpura-pura mencintai Zafran semata-mata mahu berebut dan mencetus perbalahan selepas menyedari Zafran mencintai Shaza.

Rusman mula gelisah, semakin bimbang perpecahan dalam keluarga bahagianya apabila menyedari kemelut antara Shaza dan anak-anak tirinya. Dia menerima baik perhubungan Shaza dan Zafran, dalam masa sama bimbang Adam kecewa tetapi sangat tidak setuju penyatuan Adam dan Shaza.  Shaza diculik bekas suami Nadia, dia menuntut tebusan RM2 juta. Tanpa pengetahuan sesiapa Elsa merupakan perancang utama dan mahu membunuh Shaza selepas RM2 juta dibayar Rusman.

SELANJUTNYA? Dapatkan Terima Kasih Sayang khas untuk anda.

Baca juga secara percuma di TERIMA KASIH SAYANG





Tiada ulasan:

Catat Ulasan